SERVIS KAMI
Dalam JenamaOEM, kami menawarkan servis perkhidmatan kepada pelanggan seperti label persendirian (OEM / ODM), produk R&D, produk pendaftaran dan ujian, perkhidmatan rekaan jenama dan pembungkusan.
KONTRAK PENGILANGAN (OEM/ODM)
Sekarang, semua ini kilang kami sedia membantu anda mengeluarkan produk jenama sendiri yang bermutu, hangat di pasaran dan cekap, tanpa kos yang tinggi.
OEM
Kilang kami menawarkan servis OEM.
OEM adalah singkatan kepada original equipment manufacturer, iaitu dimana pelanggan boleh menubuhkan jenama sendiri dengan menggunakan formulasi, memilih pembungkusan dan reka bentuk yang tersendiri mengikut cita rasa sendiri.
ODM
Selain daripada OEM, kilang kami juga menawarkan perkhidmatan ODM – Original Design Manufacturer, dengan ODM, pelanggan hanya perlu memilih formulasi yang sedia ada dan menukar reka bentuk dan menamakan dengan jenama pelanggan sendiri.
PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN ( R&D )
Pilihan ini membolehkan anda untuk memilih jenis perisa, senarai bahan-bahan khusus, aroma produk, dan prestasi formula. Formula yang dipilih adalah khusus bagi jenama pelanggan itu sendiri. Pakar R&D kami juga akan pastikan penciptaan formulasi jenama pelanggan sendiri adalah hangat dalam pasaran.
PEMBUNGKUSAN / PEMASARAN / REKA BENTUK / PENJENAMAAN KONSULTAN
JenamaOEM adalah pakar dalam membangunkan produk anda, dengan jenama anda. Kami menyediakan perkhidmatan konsultan untuk pembungkusan, pemasaran, reka bentuk dan penjenamaan untuk jenama anda.
PENCARIAN BAHAN MENTAH ISTIMEWA
Selain itu, kami menyediakan perkhidmatan pencarian bahan mentah khas untuk produk jenama anda. Kami mempunyai lebih daripada 100 pembekal-pembekal dari seluruh dunia yang sedia untuk membantu.
PENDAFTARAN DAN PENGUJIAN PRODUK
JenamaOEM kami sedia membantu pelanggan-pelanggan mendaftarkan produk-produk jenama pelanggan sendiri, sama ada mendaftarkan produk di National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia, ataupun pensijilan HALAL dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Selain daripada itu, JenamaOEM kami juga menyediakan servis pengujian produk dari makmal-makmal pihak ketiga.